Musim taufan Pasifik 2010
Musim taufan Pasifik 2010

Musim taufan Pasifik 2010

Musim taufan Lautan Pasifik bagi tahun 2010 merupakan peristiwa yang sedang berlangsung sepanjang tahun, di mana siklon tropika atau lebih dikenali umum sebagai taufan terbentuk di barat Lautan Pasifik. Kelazimannya, waktu utama bagi sebarang pembentukan siklon tropika di kawasan ini ialah antara bulan Mei dan November. Agensi yang diberi tanggungjawab untuk menamakan sebarang sistem siklon tropika di kawasan ini ialah Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Kawasan yang dipantau bagi menjejak aktiviti siklon tropika oleh JMA meliputi kawasan utara Khatulistiwa, di antara meridian ke-100 timur (100°T) dan meridian ke-180 (180°). Selain itu agensi Pusat Amaran Taufan Bersama (JWTC) dan Pentadbiran Khidmat Atmosfera, Geofizik, dan Astronomi Filipina (PAGASA) juga memantau kawasan ini. Namun begitu PAGASA hanya memantau kawasan antara 135°T – 115°T dan 5°U – 25°U, dan turut menamakan sebarang sistem siklon tropika (walaupun ada yang telah diberikan nama oleh JMA) untuk kegunaan dalam Filipina sahaja. Manakala lekukan-lekukan tropika yang dipantau oleh JTWC akan diberi kod nombor yang mempunyai akhiran “W”.

Musim taufan Pasifik 2010

Ribut pertama terbentuk: 18 Januari 2010
Bilangan kematian: 317 kematian, 88 hilang
Jumlah kemusnahan: $1.658 bilion (Nilai $AS 2010)
Ribut terakhir reda: 20 Disember 2010
Bil. lekukan tropika: 27
Bil. taufan super: 1 (angka tidak rasmi)
Bil. semua ribut: 14 (angka rasmi)
15 (angka tidak rasmi)(Rekod paling sedikit)
Ribut terkuat: Megi – 885 hPa (mbar), 230 km/j (145 bsj) (angin berterusan 10 minit)
Bil. taufan: 7 (angka rasmi)(Rekod paling sedikit)

Rujukan

WikiPedia: Musim taufan Pasifik 2010 ftp://ftp.met.fsu.edu/pub/weather/tropical/GuamStu... ftp://ftp.met.fsu.edu/pub/weather/tropical/Manila/... ftp://ftp.met.fsu.edu/pub/weather/tropical/Tokyo/2... http://reg.bom.gov.au/climate/ntregion/statements/... http://www.prh.noaa.gov/data/GUM/TCPPQ1 http://www.jma.go.jp/en/g3/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banjirl... http://web.archive.org/web/20110706121744/http://r... http://www.webcitation.org/5mw70i4A6 http://www.webcitation.org/5mxesceJI